Pages

Mungkin Malam Ini Mungkin Esok Berdepan Cabaran

Setiap minit kita hidup, setiap minit kita bernafas, setiap kali itu kita berdepan dengan seribu satu cabaran.Kita takkan tahu apa yang akan yang akan kita hadapi satu minit dari sekarang dan satu saat dari belakang.

Mungkin malam ini, mungkin esok, cabaran itu muncul. Walau apapun ia, kita kena bersedia menghadapi, berani mendepani.

Cabaran kecil atau besar tetap akan tiba untuk menguji sejauh mana komitmen kita terhadap usaha membina kebahagiaan dan kejayaan hidup. Mungkin, Anda seorang pelajar, seorang pekerja atau seorang usahawan.

Kita berkongsi satu matlamat yang sama, iaitu ingin mencapai kejayaan dalam apa yang kita usahakan. Biar kejayaan itu menjadi kemuncak kepada fokus kita, konsistensi dan kesungguhan selama ini.

Kita sepatutnya jadi bahagia, gembira dan berjaya sebab kita ada hak untuk memilih nak merasai itu semua. Kita ada hak untuk mengubah apa yang kita rasa dan apa yang kita nak buat sebagai tindakan kita.

Semuanya bergantung pada keputusan kita. What we decide determines who we are and what we do 1 second from now.

Mungkin malam ini, mungkin esok, ada sesuatu yang menggembirakan Anda menanti untuk dijumpai. Percayalah, hidup dijadikan bahagia untuk kita dan penuh dengan keajaiban untuk ditemui oleh kita. Anda cuma perlu niatkan dalam hati, buka mata dan tunggu peluang muncul di mana-mana. Semunya bermula di minda!

0 comments:

Post a Comment