Pages

Mungkin Malam Ini Mungkin Esok Berdepan Cabaran

Setiap minit kita hidup, setiap minit kita bernafas, setiap kali itu kita berdepan dengan seribu satu cabaran.Kita takkan tahu apa yang akan yang akan kita hadapi satu minit dari sekarang dan satu saat dari belakang.

Mungkin malam ini, mungkin esok, cabaran itu muncul. Walau apapun ia, kita kena bersedia menghadapi, berani mendepani.

Cabaran kecil atau besar tetap akan tiba untuk menguji sejauh mana komitmen kita terhadap usaha membina kebahagiaan dan kejayaan hidup. Mungkin, Anda seorang pelajar, seorang pekerja atau seorang usahawan.

Kita berkongsi satu matlamat yang sama, iaitu ingin mencapai kejayaan dalam apa yang kita usahakan. Biar kejayaan itu menjadi kemuncak kepada fokus kita, konsistensi dan kesungguhan selama ini.

Kita sepatutnya jadi bahagia, gembira dan berjaya sebab kita ada hak untuk memilih nak merasai itu semua. Kita ada hak untuk mengubah apa yang kita rasa dan apa yang kita nak buat sebagai tindakan kita.

Semuanya bergantung pada keputusan kita. What we decide determines who we are and what we do 1 second from now.

Mungkin malam ini, mungkin esok, ada sesuatu yang menggembirakan Anda menanti untuk dijumpai. Percayalah, hidup dijadikan bahagia untuk kita dan penuh dengan keajaiban untuk ditemui oleh kita. Anda cuma perlu niatkan dalam hati, buka mata dan tunggu peluang muncul di mana-mana. Semunya bermula di minda!

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1.Bersyukur, bersyukur, bersyukur.


Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2.Tekad Motivasi


Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.


Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.


Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri


Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6. Lihat Warna Cerah


Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan


Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Lelaki Dan Perempuan: Bolehkah Menjadi Kawan Baik?

Tak Salah Bersahabat


Mengasihi sahabat itu atas dan kerana ALLAH
Istilah sahabat itu universal; tak bergender bukan?
Tak kisah sama ada lelaki atau perempuan;
Yang penting jaga batas-batas pergaulan,
Seorang sahabat itu tingkatnya lebih tinggi
Dari seorang kawan yg baik dan kawan baik.
Hargai mereka dan sayangi mereka sebagai seorang sahabat.
Kasih seorang sahabat untuk sahabat dia amat suci,
Telus, halus,ikhlas dan tak terikat dengan nafsu semata-mata.

Can You Read This?

Can U read this? fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid, too. Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe tuo fo 100 anc. i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. Azanmig huh? yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! if you can raed tihs forwrad it. If you can read this, your brain is 50% faster..


so,gambatte ne..

Mutiara Kata...

Kata Hikmah Tawa & Senyum

Senyuman adalah ibarat perhiasan batin, yang membantu memindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik.

Dengan senyum,kemanapun kita pergi,bersinarlah di sana cahaya kegembiraan.Tidak ada urusan yang berat dalam dunia ini.Semuanya dapat diatasi.

Senyumlah,supaya alam turut tersenyum kepada anda.

Teranglah bahawa senyuman doktor ialah malaikat rahmat yang turun ke bumi.

Senyuman itu kelopak,ketawa itu bunga yang sempurna kembang.

Jangan tertawa melihat orang jatuh,kerana jarang seseorang itu jatuh dengan sengaja kerana ia sakit.Tetapi bersyukurlah kepada Tuhan,jika tidak jatuh dalam perjalanan yang sulit.

Bicaranya ...ialah senyum.

Dibawanya senyum matanya,dirasakan hari hujan.Dibawanya gelak pipinya,dirasakan hari panas.

Jangan engkau tertawa di tempat yang idak menghairankan,jangan berjalan tanpa mempunyai maksud,jangan bertanya ditentang yang tidak perlu padamu,jangan sia-siakan hartamu dan memperbaiki harta orang lain,yang dikatakan hartamu ialah yang engkau pergunakan buat amal,dan harta orang lain ialah yang engkau tinggalkan.

Berapakah harga ketawa yang diakhiri dengan ratap dan tangis?Tentu tidak semahal harga sedu-sedan yang diakhiri dengan senyum-simpul.

Blog Oh Blog!!!

Salam semua…firstly, nak ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada kekawan semua kerana banyak memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan blog ini dan tidak lupa kepada En Aziz yang banyak membantu. Memang ini pengalaman yang pertama dalam menceburi dunia ‘blogger’ dan dalam masa seminggu banyak yang saya pelajari untuk mencantikkan blog. Inilah hasil yang saya buat….hehe….go..go my frenz…selamat menyiapkan tugasan anda…